Semua kenal EMAS?? Mustahil kiranya ada yang kata tak kenal emas atau tidak pernah dengar apa-apa pun berkaitan emas.. Sejak masuk di alam tadika saya sudah dengar tentang emas..
Cikgu saya kata, "Masa itu ibarat Emas".. Ya kami akur..pemahaman ketika itu adalah masa itu sangat penting kerana masa tidak dapat diundur atau diulang lagi..
Ok. dan pemahaman sekarang pula berkaitan.masa dan emas..kaitan nya??? Masa itu sangat lah bernilai sama seperti emas. Nilai emas itu sendiri saya rasa semua kita sedar bahawa emas memang sejak azali lagi sudah sinonim dengan kekayaan.. Makin banyak emas disimpan, makin kaya la seseorang itu,.. Jadi, apa pula kaitannya emas dengan masa?? Masa yang kita ada sekarang, perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Contoh yang paling baik sekali adalah, seorang pelajar yang tidak menggunakan atau memanfaatkan masa persekolahannya hanya akan merugikan diri sendiri di mana tidak dapat mencapai target sebenar..
Awal tahun ini, 2012, saya dan encik suami mula mengenali emas, ya emas,,bukan la maksudnya baru tahu apa itu emas, tapi mengenali dan mengetahui akan kebaikan dan faedah pembelian@penyimpanan emas bagi tujuan pelaburan masa depan.. Kalau sebelum ini saya, (dan turut mendapat sokongan encik suami...=) ) apabila ada bonus akan beli aksesori emas: gelang@rantai,, SEBAB membeli sesuatu yang berkaitan emas lebih menguntungkan.. makin lama makin bernilai.=)
26 % daripada gaji pertama + tunggakan gaji selama 3 bulan yang saya terima pada bulan Ogos 2010 yang lepas saya laburkan dengan membeli seutas Rantai Tangan Emas. Kenapa saya membeli Rantai Tangan Emas dan tidak pula Handphone @ Jam Tangan Berjenama?? Ini kerana saya mahu duit gaji hasil titik peluh pertama saya dilaburkan pada sesuatu yang tidak akan SUSUT NILAI.. dan emas adalah PILIHAN yang terbaik. (Artikel saya tentang Duit Gaji Pertama)- artikel yang sangat ringkas...tp disudahi dengan emas...hehehe...=)
Antara KEBAIKAN emas berdasarkan pemahaman dan ilmu yang saya perolehi;
1. Penyimpan nilai terbaik berbanding duit kertas. (Emas takkan lenyap kalau terbakar, tapi duit kertas..for sure jadi debuan)
2.Kenaikan emas dari tahun ke tahun adalah pasti.. (mula terlibat dengan pembelian emas pada 2010, dan pada ketika itu emas 22k@916 berharga rm135/gram. Dan sekarang emas yang sama berharga rm162/gram (ikut harga produk Public Gold 28.5.2012@3:42pm)
3. Diterima diseluruh dunia.. Nilai 10 gram emas 22k@916 bersamaan rm1624 (ikut harga produk Public Gold 28.5.2012@3:42pm), jadi dalam 10 tahun akan datang, cuba bawak 10 gram emas tu nanti dan rm1624 ke Arab contonya, mana yang mudah diterima dan lebih bernilai??? =)
Jadi,kesimpulannya, mulalah menyimpan emas..=)
Kepada kaum hawa, tak rugi kan kalau membeli gelang emas , rantai emas?? hehehe...
Untuk tujuan pelaburan pula, bolehlah berjinak-jinak dengan membeli dinar emas @ goldbar a.k.a jongkong emas sebagai penyimpan nilai duit anda..
Duit rm10,000 kalau disimpan dalam bank, berapa je keuntungan@faedah yang bank bagi berbanding dengan membeli emas fizikal yang mana purata kenaikan nya setahun adalah lebih kurang 25%..
=)



